Unit 4 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Kesihatan diri merangkumi penjagaan kebersihan diri dan
kehormatan diri.
4.1 Kesihatan Diri
A. Alatan Kebersihan Diri
Kita perlu memakai pakaian yang bersih dan menjaga alatan
kebersihan diri.
-Membasuh
alatan kebersihan diri setiap kali selepas digunakan.
-Pakai
stoking yang bersih.
-Jemur
pakaian di kawasan bercahaya.
B. Menjaga Kebersihan Diri
Menjaga kebersihan diri amat penting dalam kehidupan
seharian.
-Gunakan
tandas yang bersih.
-Sentiasa
menukar pakaian dalam.
-Elakkan
menggunakan sapu tangan yang kotor.
C. Cara Berpakaian
Budaya di Negara kita mengamalkan cara berpakaian yang
sopan.Cara ini dapat memelihara kehormatan diri.
-Baju
Melayu merupakan pakaian tradisional Melayu.
-Ceongsam
merupakan pakaian tradisional perempuan Cina.
-Lenga
merupakan pakaian tradisional perempuan India.
-Baju
kurung ialah pakaian wanita Melayu yang berbaju labuh
dan berkain sarung.
dan berkain sarung.
-Basaan
kou basanan tondu ialah pakaian tradisional wanita Kadazandusun.
Baju tanpa lengan dan kain labuh.
Baju tanpa lengan dan kain labuh.
-Jippa ialah pakaian lelaki
India berlengan panjang dan berkain.
-Ngepan ialah pakaian wanita
kaum Iban berbaju tanpa lengan dan
aksesori manik berwarna-warni.
aksesori manik berwarna-warni.
D.Kesedaran dan Tanggungjawab Menjaga Tubuh
Badan.
Kita perlu menjaga kehormatan tubuh badan.
-Jangan
benarkan tubuh badan kamu disentuh sebarangan.
-Berwaspada
terhadap renungan yang tidak menyenangkan.
-Elakkan
daripada menyindir orang lain.
4.2 Perasaan
A.Memupuk Nilai Murni dalam Diri
Dalam pergaulan, perkara yang berikut akan berlaku jika
kita tidak menjaga hubungan baik dengan orang lain.
-Salah
faham
-Konflik
dan rasa tidak puas hati
-Perasaan
tegang
-Tuduh-menuduh
dan benci-membenci
-Pergaduhan
B.Semangat Tolong-menolong dan Bekerjasama
C.Hormat-menghormati Terhadap Keluarga dan
Rakan
Kasih sayang dan sikap hormt-menghormati dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
-Hormat
dan taat kepada ibu bapa.
-Hormat-menghormati
dan bekerjasama ketika bermain
bersama-sama rakan.
bersama-sama rakan.
4.3 Kekeluargaan
Keluarga Mesra Keluarga Bahagia
Keluarga Husna ialah sebuah keluarga yang bahagia.Mari
kita lihat kehidupan keluarga Husna.
-Semasa cuti sekolah,ayah
dan ibu membawa Husna dan kakaknya melawat datuk dan nenek.
-Apabila sakit,ayah dan ibu
Husna akan menjaga Husna sehingga sembuh.
-Keluarga Husna meraikan
ulang tahun kelahirannya.
-Ayah dan ibu Husna memberi wang
saku apabila Husna hendak pergi ke sekolah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete