UNIT 3 KESUKANAN
Keselamatan dalam sukan ialah keadaan melakukan aktiviti sukan dengan selamat.
3.1 KESELAMATAN
A. Keselamatan di Padang Permainan
Amalan sentiasa berhati-hati dan mementingkan keselamatan diri dapat mengelakkan kecederaan.
B. Menyanyi Sambil Bergembira
Mari menyanyi sambil bergembira bersama-sama rakan.
Korus
Berhati-hati kawan
Berhati-hati kawan
Mari kawan-kawan
Main sama-sama
Di taman permainan
Kita bersuka ria
Korus
Berhati-hati kawan
Berhati-hati kawan
Semasa aktiviti
Patuhi peraturan
Harus berhati-hati
Elakkan kecederaan
Korus
Berhati-hati kawan
Berhati-hati kawan
Alatan permainan
Jangan salah gunakan
Elakkan kemalangan
dan juga kecederaan
3.2 PENGURUSAN
A. Pengurusan Diri dari Segi Masa
Merancang aktiviti harian dapat membantu kamu menguruskan masa dengan baik.
6.00 pagi- Bangun pagi, solat dan mandi
6.45 pagi- Sarapan
7.00 pagi- Pergi ke sekolah
7.30 pagi- Belajar di sekolah
1.30 tengah hari- Makan tengah hari dan solat
5.00 petang- Solat dan menyiram pokok bunga
6.00 petang- Bermain bersama-sama rakan
6.30 petang- Mandi dan solat
8.00 malam- Berbual dengan keluarga
8.30 malam- Solat dan mengulang kaji pelajaran
10.00 malam- Tidur
3.3 ISU-ISU PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
A. Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani
1) Tidak membawa pakaian sukan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
2) Membazir masa semasa menukar pakaian.
3) Tidak bersungguh-sungguh semasa melakukan aktiviti.
4) Tidak memakai pakaian sukan dengan kemas dan sesuai.
5) Kurang berdisiplin dan tidak mematuhi arahan guru.
3.4 ETIKA DALAM SUKAN
A. Semangat Kesukanan
-Ketika bersukan kita perlulah bersungguh-sungguh, bekerjasama dan mengekalkan hubungan yang baik sesama pasukan dan dengan pihak lawan.
-Semangat kesukanan yang tinggi dapat mewujudkan suasana pertandingan yang sihat.
Amalan-amalan semangat kesukanan
- Membaca ikrar sebelum pesta sukan sekolah bermula.
- Mendengar arahan guru.
- Saling membantu dalam satu pasukan.
- Menghargai kemenangan.
- Menerima hadiah dengan gembira.
B. Etika Penonton
-Peranan penonton penting dalam menjayakan sesuatu pertandingan.
-Menghormati lagu "Negaraku".
-Mengucapkan tahniah kepada penyokong pihak lawan.
-Meraikan kejayaan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment